Monday, November 19, 2012

Fesyen + Tudung => Cover Our Aurat

Assalamualaikum dan salam sejatera semua..





hari nie sebenarnya I have no idea untuk update blog.. tapi ntah nape.. tetiba terdetik di hati nak buat entri pasal fesyen tudung terkini.. sekarang nie berbagai fesyen tudung yang berada di pasaran.. tudung bawal yang dahulunya pernah merosot dek kerana kemunculan tudung express.. sekarang ini telah muncul kembali dengan tudung bawal berton.. ada yang 2 ton.. ada yang 3 ton.. dan ada juga yang disulam di kepala tudung.. dan sekarang nie jugak macam2 fesyen tudung yang direka oleh2 hamba2 Allah di luar sana.. hal ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka2 yang masih lagi tidak bertudung untuk bertudung yakni menutup aurat.. hidayah Allah adalah rahsiaNYA.. siapa tahu mereka mungkin adalah hambaNYA yang bertuah yang dipilih Allah untuk diberikan hidayah olehNYA..

mereka bertudung semata2 mengikut fesyen dan bukan kerana Allah.. mereka terlepas daripada dosa tidak menutup aurat.. tetapi mereka tidak mendapat pahala kerana niat bukan kerana Allah - USTAZ AZHAR IDRUS 

sepatutnya kita perlu sedar bahawa setiap perbuatan kita hendaklah dilakukan semata-mata kerana Allah Taala.. hal ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan kemungkaran.. sesungguhnya kita bukanlah hambaNYA yang maksum seperti Rasulullah.. sering membuat kesilapan.. namun hal ini dapat mematangkan kita dan dapat mengajar dan mengenali tentang Tuhan Yang Maha Esa yakni Allah Taala.. :)

Justeru.. wahai sahabat2ku sekalian.. lets cover our aurat because Allah.. xsalah nak berfesyen.. asal menutup aurat.. dan niatlah kerana Allah.. I'm not the perfect person.. but I'm only give my opinion about tudung and cover the aurat.. kebanyakan mereka yang dipilihNYA untuk mendapat hidayah.. mereka bermula daripada menutup aurat di kepala yakni bertudung.. dan lama-kelamaan mereka semakin melabuhkan tudung mereka.. seterusnya melonggarkan pakaian mereka dan memastikan pakaian mereka tidak jarang.. SubhanAllah..

saya sering melihat Sham Kamikaze tweet di twitternya..
"Kepada sahabatku yang baik dan belum menutup aurat, silakan menutupnya ya :-) Allah Maha Pengampun"
amar makruf nahi munkar.. Allahuakbar.. sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda

"sampaikanlah dariku walau sepotong ayat"

saya pasti kebanyakan anda semua tahu tentang penghijarahan sham kamikaze kan? Allahuakbar.. SubhanAllah.. siapa sangka beliau mendapat hidayahNYA..dan sekarang beliau betul2 mendalami tentang ilmu agama.. beliau pernah datang berceramah ke kolej saya yakni KMPP.. beliau berkongsi tentang ilmu yang dipelajarinya.. dan jika dahulu rakan2nya kebanyakannya artis.. namun sekarang ini sahabat2 beliau adalah para ulama2.. ustaz2.. SubhanAllah.. lihatlah betapa besarnya kekuasaan Allah..
tak wajib pakai tudung tapi tutup aurat itu yang wajib.. nak pakai tudung saji pon takpe - USTAZ AZHAR IDRUS

Saturday, November 17, 2012

HIJRAH - TUDUNG LABUH

assalamualaikum semua..

pertama skali.. saya nak minta tolong saudara/saudari  menyedekahkan AL-FATIHAH utk arwah abang saya.. TQ..


erm kembali kepada tajuk.. dulu aku pernah berubah.. nak berhijrah.. namun iman di dada tidak ckup kuat utk menangkis gelodak jiwa muda utk berfesyen.. aku berhijrah hanya sekejap.. selepas tue.. aku kembali menjadi aku yang dulu.. di mana silapnya? silapnya dalam diriku.. xyakin dengan diri sendiri.. takot nak buat sesuatu perubahan.. takot nak berhadapan dengan kawan2.. namun.. ALLAH MAHA PENYAYANG.. Dia memberikan aku peluang kedua utk aku berubah.. Aku bermuhasabah diri ini.. adakah sudah cukup amalanku untuk bekalan di AKHIRAT nanti? bagaimana keadaan aku tatkala malaikat Izrail mencabut nyawaku? bagaimana pula nasib aku apabila di AKHIRAT kelak? adakah aku tergolong dalam golongan yang beruntung atau sebaliknya.. ALLAH MAHA MENGETAHUI.. Dia meletakkan aku bersama orang2 yang sentiasa dekat denganNYA.. Di Matrik.. aku sebilik dengan mereka2 yang sangat menjaga batas pergaulannya.. pakaiannya.. dan tingkah lakunya.. Aku? memang aku menjaga tingkah lakuku.. pakaian? dulu bagiku.. bertudung sahaja sudah memadai.. baju dan seluar aku tidak mengambil pusing akan hal itu.. namun.. bila aku berfikir sejenak.. perlukah aku takot nak berhadapan dengan kawan2? padahal yang perlu aku takot adalah Allah.. bermula dari situ.. aku mula tinggalkan cara permikiran moden yakni tentang pakaian.. aku banyak berfikir tentang mati.. aku banyak bertanyakan kawan2 ku mengenai agama Allah.. aku mula mendekatkan diri dengan Allah.. aku selalu berjumpa dengan ustazahku.. bertanyakan tentang ISTIQOMAH.. nak berubah memang senang.. tapi yang susahnya adalah ISTIQOMAH.. ustazahku memberitahu bahawa aku hanya perlu yakin dengan diri sendiri dan niatlah kerana Allah Taala.. kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI.. insyaAllah Dia akan menolong hambaNYA yang ingin mendekatiNYA.. Aku mula berubah sedikit demi sedikit.. aku tidak mahu berubah secara drastik.. kerana bimbang perubahan itu tidak kekal lama.. aku cuba memakai sarung tangan dan kaki.. dulu aku selalu tertanya2.. xrimas ke pakai benda nie semua.. aku nak pkai? mintak simpang.. namun siapa tahu.. hari ini aku menyarungnya.. perihal tudung.. apabila melihat seorang roomateku bertudung labuh.. terdetik di hati utk bertudung labuh.. pada masa yang sama.. aku berjumpa dengan ustazah.. beliau sangat berbesar hati bila aku mengutarakan keinginanku utk bertudung labuh.. alhamdulillah.. sekarang ALLAH telah memberikan aku nikmat bertudung labuh.. dulu aku mengenakan tudung bidang 45.. sekarang aku mengenakan tudung 55.. tudung 45 masih lagi aku guna pakai.. cuma aku akan biarkan tanpa disilangkan kiri dan kanan.. ISTIQOMAH?? INSYAALLAH.. aku berubah kerana ALLAH.. Allah akan menolong hambaNYA yang mendekatiNYA...

niat aku utk berubah ke arah kebaikan semakin meninggi apabila Allah memberikan ujian kepadaku dengan pemergian abangku yang tersayang.. AL-FATIHAH untuk arwah abangku yg dikasihi.. sesungguhnya Allah tidak akan memberikan ujian terhadap hambaNYA jika hambaNYA tidak mampu melaui ujian tersebut..

Wednesday, November 7, 2012

AL-FATIHAH - PERGINYA SEORANG ABANG

Assalamualaikum semua.. dah lame aku tak tulis entry kan? kali nie terdetik hati aku nak tulis entry.. dua mggu lps.. smggu sebelum aku menduduki PSPM.. aku dikejutkan dengan abang dan kakak ipar aku kemalangan.. aku sangat terkejut.. kebetulan speaking MUET aku dah lepas.. so.. malam tue jgk aku pergi ke KL.. abang aku kemalangan di Pahang.. aku ke KL sbb kakak aku tggu aku pi sekali ke Pahang.. mak aku pon dari kelantan pi KL jgk.. esk hari sampai je kat KL.. slps bersihkan dri semua.. kitorg bergerak ke Pahang.. sampai je kat HOSPITAL TEMERLOH.. kitorang terus ke wad ICU.. alangkah sedih.. pilu hati aku bila tgk keadaan abg dan kakak ipar aku yang terlantar di atas katil.. hanya Allah yg tahu bagaimana perasaan seorang hambanNYA yang bergelar seorang adik apabila melihat abangnya yg sgt rapat dengannya terbaring di atas katil.. wayar2 bersambung sana sini.. aku menangis kerana terlalu sedih melihat keadaan abang aku mcm tue.. kakak ipar aku?? sama jgk keadaannya dgn abgku.. doktor bagitahu dua2 insan yg amat aku kasihi mempunyai peluang utk hdup 50/50.. 3 4 hari slps itu.. dengan kuasa Allah Taala.. kakak ipar aku sedar.. abang aku?? masih tdak sedarkan diri.. tapi badannya ada bergerak sedikit.. kakak aku suruh kitorang berbual2 dgnnya sbb dia dengar walaupun dia xsedarkan diri.. aku terpaksa mengambil PSPM di matrik pahang sedangkan aku adalah pelajar matrik penang.. namun disebabkan aku xnak berpisah dari keluarga.. aku mengambil keputusan untuk mengambil PSPM di matrik pahang.. belum smpat aku habis PSPM.. pada 31 oktober 2012.. abangku telah kembali ke Rahmatullah.. siapa sangka abangku yg baru setahun berkahwin.. umur pun baru 23 tahun telah meninggal kami buat selama2nya.. sedih? hanya Allah yg tahu.. namun aku sekeluarga tetap redha dengan ujianNYA.. dialah abang yg sgt rapat dengan aku.. dialah yang mengajar aku tentang dunia blog.. dialah yg mengajar aku tentang IT.. kehidupan aku byk dihabiskan dgnnnya kerana dia tggl dgn mak aku kat kelantan.. dia jugak yang menghantar aku semasa pendaftaran KMPP.. dia ada tulis chaiyok2 di lampu meja aku.. itu adalah kenangan yg sgt berharga.. aku berharap semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg soleh.. aminn.. AL-FATIHAH..
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...